Monday, July 26, 2010

Pandan Chiffon Cake

Dah lama tak mencipon kek...lbh kurang 10 tahun gitu...huhu...lamanyaaaa...hehe. Nak buat pun dah rasa kekok lak. Mcm budak baru belajar...ekeke. Alhamdulillah...setelah bertungkus lumus buat kek ni smlm, baru tau rupa2nya dyg msh ada skill lagi. Mana taknya..dah lama kan tak buat...rasa cam  tak confident lak..selalu main beli jer...itupun jarang2..hehe.

Tak tertahan dah dgn godaan2 kek chiffon kat rumah2 jiran sebelah nun...cantik2 dan gebus2 belaka..bikin hati ni tak keruan dibuatnya...terutamanya di rumah  kak Nor Ganu...tengok kek ciponnya...waduhh2!!..mmg mengancamlah!...

Oleh kerana, resepi kek chiffon ni adalah resepi simpanan sendiri, dyg akan tulis kemudian nanti yer sb masa ni tengah sibuk sket. Tapi kalau nak tengok resepi dari dapur Kak Nor, boleh KLIK DI SINI.

Sedap kek ni. Lembut dan gebuss!

Update :

Pandan Chiffon Cake

bahan-bahan : loyang 23-24 cm atau 9 inci
  • 6 biji telur A (asingkan putih dan kuningnya)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (ayak 3 kali)
  • 1  1 / 4 cawan gula pasir
  • 3 / 4 cawan minyak jagung / minyak sayuran
  • 1 sk esen vanilla
  • 200 ml santan pekat
  • 2 sk sponge cake stabilizer
  • 1 1/2 sk pandan emulco / pes pandan
  • 1/2 sk cream of tartar
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C.  
  2. Dalam bekas yg agak besar, satukan santan, 1/2 cawan gula, sponge cake stabilizer dan pes pandan. Kacau sebati. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanilla dan minyak jagung. Sebatikan dgn menggunakan whisk atau mixer. 
  3. Masukkan tepung dan kacau perlahan2 dgn menggunakan senduk kayu atau spatula. Pastikan adunan tidak bergentel. Setelah siap, ketepikan dulu.
  4. Di dlm mangkuk pengadun yg bersih, pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan krim tartar. Putar lagi. Barulah dimasukkan lebihan gula tadi sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga adunan menjadi gebu dan ringan. (Adunan tidak akan jatuh jika diterbalikkan).
  5. Masukkan meringue tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian, gaul2kan sebati dgn kaedah kaup balik.  Gaul dgn menggunakan spatula atau senduk kayu atau guna tangan. (DJ  lbh suka menggunakan tangan shj)
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang (loyang tidak perlu digris atau dilengser). Kemudian, pusing2kan sedikit loyang tersebut secara perlahan2 agar adunan menjadi rata.
  7. Bakarlah kek selama 45 minit atau hingga kek masak sempurna. 
  8. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan terbalikkan loyang kek ke atas redai kek atau rak pendingin. Tunggu sehingga kek sejuk, barulah dikeluarkan dari loyang.
*** jika menggunakan tepung gandum biasa, sila tambah 1 1/2 sk baking powder dan 1/2 sk garam halus. Jika menggunakan tepung naik sendiri, tidak perlu tambah garam sb tepung naik sendiri sudah ada kandungan garam di dalamnya.
*** jika tiada pandan emulco atau pes pandan, boleh juga digantikan dgn jus daun pandan sebanyak 1 sudu besar dan pewarna hijau.

No comments: