Friday, August 28, 2009

Terubuk Masin Goreng Garing

Ikan terubuk idaman kalbu...alahai,...rindu sgt2 dgn ikan ni...bayangkanlah, dah nak hampir setahun memendam rasa nak makan terubuk masin...akhirnya, abang angkat hubby dari Srwk tu dgn murah hatinya menghadiahkan sekotak ikan terubuk ni kpd kami sekeluarga. Bolehlah dapat dalam 4 ekor. Fresh sgt2 dan tak terlebih masin. Alhamdulillah...dapat gak melepas rindu...

Ikan ni senang je nak masak. Sedap dan garing....menambah2 makan nasik. Tak pandang pun lauk lain. Ingatkan semalam tu nak buat sambal tumis terubuk masin...tapi tak jadi. Mungkin hari ini lah kot....

Ayuh! nak join tak???....heheh..tunggu malam la yer....

Bahan-bahan :
  • sebelah ikan terubuk (dipotong bbrp bahagian dan direndam sebentar, lepas tu dituskan dan dikeringkan)
  • 3 sb tepung jagung
  • limau kasturi secukupnya
  • bahan hiasan : cili padi, bawang besar
Cara-cara : Gaulkan ikan bersama tepung jagung dan gorengkan sehingga garing dgn menggunakan api perlahan sahaja. Setelah masak, angkat dan tuskan. Hidangkan bersama bahan2 hirisan dan perahkan dgn limau kasturi. Sedaaap!

No comments: