Thursday, July 23, 2009

Tau Fu Fah

First time dayang buat tau fu fah pada tahun 1995. Belajar dp mak. First time buat, gagal. Then, 2nd time lak galus. Praktis punya praktis, akhirnya berjaya gak…tu ler org kata, ‘practice makes perfect’….sekali gagal x bermakna gagal selama2nya…betul tak?...anyway….resepi tau fu fah ni mmg ringkas dan sedap. Sesape nak cuba, bole ler ikut resepi ni yer…kalau nak ubah2 sikit sukatannya pun boleh. Ikutlah kesesuaian. Yang penting, ianya menjadi. Good Luck!

TAU FU FAH

Bahan-bahan :
1 cawan kacang soya (direndam selama 3-4 jam)
4 ½ cawan air
½ sdt GDL
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara :

  1. Kisar kacang soya bersama 2 cawan air. Kemudian diperah dgn kain muslin.
  2. Kisar lagi hampas kacang soya bersama 2 ½ cawan air. Perah dgn kain muslin.
  3. ½ cawan air kacang soya tadi diketepikan.
  4. Air kacang soya selebihnya dimasak bersama sehelai daun pandan. Kacau perlahan2 dan gunakan api sederhana shj.
  5. Sediakan satu bekas yang besar seperti loyang atau mangkuk. Masukkan tepung jagung, GDL dan juga ½ cawan air kacang soya. Kacau rata2.
  6. Setelah air kacang soya mendidih, tutupkan api. Kemudian tuangkan ke dalam bekas besar tadi (guna kaedah teh tarik tetapi sekali tuang shj).
  7. Goyang-goyangkan sedikit bekas tersebut tetapi jgn dikacau. Sekiranya ada buih, ambil dgn sudu dan buangkan.
  8. Tutupkan bekas tersebut setelah ia sejuk.

Untuk air gula :
  • 2 cawan air
  • Gula merah secukupnya (7 sudu besar atau lebih)
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk dan didihkan sehingga ia hancur dan sedikit pekat.


Versi tambahan

TAUFU FA sumbangan Lynn ResepiNet ...thanks for the recipe (dyg c&p yer)

Bahan-bahannya
300 gram kacang soya
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh sekko/ GDL
2 cawan air kacang soya
3 helai daun pandan

Cara-caranya
1. Rendam kacang soya selama 4 - 5 jam.
2. Kisar kacang soya dengan 5 cawan air. Perah menggunakan kain muslin.
3. Kemudian kisar kali kedua hampas kacang soya dengan 7 cawan air. Ketepikan 2 cawan air kacang soya.
4. Didihkan air kacang soya dengan daun pandan.
5. 2 cawan air kacang soya dicampurkan dengan tepung jagung dan sekko/ GDL dikacau rata.
6. Tuang campuran air kacang soya bersama tepung jagung dan sekko kedalam bekas nasi ataupun tupperware.
7. Air kacang soya yang telah mendidih tu dituang kedalam bekas yang mengandungi air kacang soya yang telah dicampur sekko dan tepung jagung tu dengan cara teknik teh tarik iaitu dari bawah naik keatas jadi air kacang soya yang panas itu sebati dengan air soya yang dicampur sekko dan tepung jagung.
8. Jika permukaan ada buih dibuang buihnya TAPI JANGAN DIKACAU. Kemudian tutup, lepas 30 minit - 1 jam, kemudian boleh dihidangkan dengan sirap gula.

No comments: