Wednesday, July 22, 2009

Kek Ceri Kukus

Kek ni baru je masak. Tak sempat tunggu sejuk dah kena potong. Si kecik dah tak sabar nak makan. Tapi x banyak pun. Sepotong je tu pun hiris besar2. Dia ni kalau kek panas, dia makan tapi bila dh sejuk, dia tak pandang pun. Sebenarnya, kek ni khas utk si kakak dia tu. Sekejap lagi dia balik dari sekolah, licin lah kek ni. Semalam dia nampak buah ceri dlm peti ais. Sebab tu lah dia suruh buatkan kek.
Buat simple je. Janji ada ceri, ok la tu. Tapi rasanya boleh tahan sebab dayang campurkan sedikit horlick. Wangi dan lembut. Kukus pun tak lama. Oleh kerana buat adunan sedikit utk loyang kecik, kek ni dikukus selama 1 jam shj. Nak kukus lebih masa sikit pun xpe, tapi takut terhabis lak gas nanti...dah ada tanda2 nak habis tu...hehe.


Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung naik sendiri + 1/2 sdt soda bikarbonat (diayak bersama)
  • 3/4 cawan marjerin/mentega (dayang guna marjerin)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 5 biji telur gred C
  • 3 sudu besar horlicks
  • 100 gm ceri (dihiris pun boleh, tapi dyg x hiris pun sebab si princess tak bagi)
  • 1 sdt esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning (atau mana2 pewarna disukai - tak letak warna pun xpe)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya dgn api sederhana.
  2. Lengserkan loyang pengukus dgn mentega dan taburkan sedikit tepung (dayang lapik dgn kertas minyak).
  3. Gaulkan ceri bersama 1/4 cawan tepung yg sudah diayak tadi. Ketepikan.
  4. Putarkan marjerin bersama gula hingga kembang dan gebu. Guna kelajuan maksimum.
  5. Masukkan telur satu persatu sambil diputar dgn kelajuan sederhana.
  6. Masukkan horlicks dan kacau lagi.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan.
  8. Masukkan pewarna. Kacau lagi.
  9. Masukkan esen vanilla. Gaul sebati.
  10. Akhir sekali, masukkan buah ceri dan kacau perlahan dgn menggunakan senduk kayu atau spatula.
  11. Tuangkan ke dlm loyang dan ratakan. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

No comments: